Assalamualaikum semua penggemar sambal hitam serta yang baru nak mencuba sambal hitam. Kali ni, kami nak berkongsi sedikit petua cara untuk memilih sambal hitam sesuai dengan selera anda.
1. Sambal hitam ni ada 2 versi iaitu kering dan lembap. Pastikan anda nak yg mana 1
2. Tekstur. Ada 2 jenis tekstur iaitu ikan bilis di kisar atau ditumbuk. Semestinya yang ditumbuk lebih sedap.
3. Tahap kepedasan. Terpulang pada citarasa masing2
4. Bahan tambahan. Sambal hitam yang original hanya menggunakan ikan bilis, bawang, cili dan belimbing buluh. Ada juga yang menambahkan bahan lain seperti kicap (bukan resepi original).
5. Standby duit. Harga sambal hitam agak mahal berbanding sambal lain kerana proses memasaknya memakan masa sehingga 5 jam. Tak ramai yang sanggup nak memasaknya. Jadi, jangan terkejut dengan harganya. Tapi, insya Allah berbaloi apabila dah mencubanya.