019-816 5098
Select Page

Gambar Pokok Dan Buah Belimbing Buluh

Inilah bahan utama dalam pembuatan sambal hitam yang iaitu buah belimbing buluh. Seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah, buah belimbing buluh mempunyai saiz yang lebih kecil dari belimbing biasa. Mempunyai rasa yang agak masam dan jarang di makan mentah begitu sahaja. Oleh sebab itu, ia lebih banyak di gunakan masakan sebagai pengimbang rasa masam dalam masakan asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya.

Proses merebus belimbing buluh

Belimbing dari kualiti yang terbaik akan dipetik terus dari pokok, dibersihkan satu persatu.Kemudian, setelah bersih, masukkan ked dalam kawah besar untuk direbus/dimasak.Proses merebus/memasak ini akan memakan masa sehingga lima hingga tujuh (5-7) jam. 

Buah belimbing buluh yang sedang di masak / di rebus

Buah belimbing buluh yang telah siap di masak

Untuk memasak sambal hitam pula memakan masa 3-4 jam lagi. Setelah siap dimasak, barulah belimbing tersebut sedia untuk digunakan untuk proses seterusnya iaitu memasak sambal hitam Jadi, tidak hairanlah kenapa harga sambal hitam ini agak tinggi berbanding sambal-sambal lain disebabkan prosesnya yang begitu rumit dan memakan masa.