017-323 6441
Select Page
Belimbing buluh – Bahan utama

Belimbing buluh – Bahan utama

Gambar Pokok Dan Buah Belimbing Buluh

Inilah bahan utama dalam pembuatan sambal hitam yang iaitu buah belimbing buluh. Seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah, buah belimbing buluh mempunyai saiz yang lebih kecil dari belimbing biasa. Mempunyai rasa yang agak masam dan jarang di makan mentah begitu sahaja. Oleh sebab itu, ia lebih banyak di gunakan masakan sebagai pengimbang rasa masam dalam masakan asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya.

Proses merebus belimbing buluh

Belimbing dari kualiti yang terbaik akan dipetik terus dari pokok, dibersihkan satu persatu.Kemudian, setelah bersih, masukkan ked dalam kawah besar untuk direbus/dimasak.Proses merebus/memasak ini akan memakan masa sehingga lima hingga tujuh (5-7) jam. 

Buah belimbing buluh yang sedang di masak / di rebus

Buah belimbing buluh yang telah siap di masak

Untuk memasak sambal hitam pula memakan masa 3-4 jam lagi. Setelah siap dimasak, barulah belimbing tersebut sedia untuk digunakan untuk proses seterusnya iaitu memasak sambal hitam Jadi, tidak hairanlah kenapa harga sambal hitam ini agak tinggi berbanding sambal-sambal lain disebabkan prosesnya yang begitu rumit dan memakan masa.

Tips Membeli Sambal Hitam

Assalamualaikum semua penggemar sambal hitam serta yang baru nak mencuba sambal hitam. Kali ni, kami nak berkongsi sedikit petua cara untuk memilih sambal hitam sesuai dengan selera anda.
1. Sambal hitam ni ada 2 versi iaitu kering dan lembap. Pastikan anda nak yg mana 1
2. Tekstur. Ada 2 jenis tekstur iaitu ikan bilis di kisar atau ditumbuk. Semestinya yang ditumbuk lebih sedap.
3. Tahap kepedasan. Terpulang pada citarasa masing2
4. Bahan tambahan. Sambal hitam yang original hanya menggunakan ikan bilis, bawang, cili dan belimbing buluh. Ada juga yang menambahkan bahan lain seperti kicap (bukan resepi original).
5. Standby duit. Harga sambal hitam agak mahal berbanding sambal lain kerana proses memasaknya memakan masa sehingga 5 jam. Tak ramai yang sanggup nak memasaknya. Jadi, jangan terkejut dengan harganya. Tapi, insya Allah berbaloi apabila dah mencubanya.